"Rather than go to the gym, I would prefer to do martial arts because the time goes by quicker." Milla Jovovich
Thursday, 20 July 2017 00:00

Seni silat pupuk perasaan berani

Khamis, 20 Julai 2017

 

KUALA LUMPUR: Keterujaan terhadap seni mempertahankan diri yang dianggap penting dipelajari ketika berhadapan serangan musuh, menyebabkan Normanjalina Madon, 25, sanggup 'curi-curi' berlatih selepas ayahnya tidak memberi keizinan.

 

Beliau berkata, keinginan mahu mengikuti latihan silat yang diadakan ahli Pertubuhan Silat Lincah Malaysia di gelanggang kawasan perumahan pangsapuri didiaminya di Bandar Tasik Selatan, semakin berkobar-kobar apabila melihat gerakan cantik dipersembahkan mereka.

 

Minat mendalam itu juga membuatkan beliau yang ketika itu berumur 12 tahun, sanggup berdiri di koridor rumahnya di tingkat dua dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam setiap Jumaat dan Sabtu, semata-mata mahu melihat latihan diadakan ahli persatuan terbabit.

 

"Dua bulan menjadi penonton setia, saya memberanikan diri turun dan menyatakan keinginan kepada jurulatih persatuan ini untuk menyertai latihan, beliau menerima saya dengan hati terbuka.

 

"Saya berlatih di gelanggang tanpa pengetahuan ayah, namun selepas dua tahun, akhirnya ayah ternampak saya sedang berlatih.

 

"Saya bersyukur kerana ayah tidak marah apabila jurulatih berbincang dengannya supaya merestui minat saya," katanya ketika dihubungi, BH Varsiti baru-baru ini.

 

Keistimewaan seni silat

 

Normanjalina berkata, selepas melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM), beliau meneruskan pembabitan dalam seni mempertahankan diri itu dengan menyertai Pertubuhan Seni Silat Gayung UM.

 

Berkongsi keistimewaan silat, katanya, seni itu dianggapnya cukup indah kerana mempersembahkan gerakan cantik, nampak hebat dan memupuk perasaan berani ketika berdepan lawan.

 

Berkaitan pembahagian masa antara pembabitan dalam silat dan pelajaran, Normanjalina berkata, beliau sentiasa memastikan komitmen di antara kedua-dua bidang dicintainya itu berjalan seimbang.

 

"Ketika berlatih di gelanggang, saya akan memberikan fokus penuh bagi memperbaiki pencapaian, memperkukuhkan kemahiran dan bersedia untuk pertandingan.

 

"Selepas latihan atau pertandingan, tumpuan saya disasarkan kepada aktiviti pembelajaran dan kuliah supaya dapat menguasai akademik dengan baik," katanya.

 

Profil

Nama: Normanjalina Madon

Tarikh lahir: 22 Mei 1992

Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

Adik-beradik: Sulung daripada 10 beradik

Hobi: Futsal, Bola Sepak, Hoki dan Bola Baling

Pendidikan: Diploma Kaunseling dan Psikologi UM

Sukan: Silat (Kategori Putri B: 50 - 55 kilogram)

Prinsip: Selangkah masuk ke gelanggang, tidak akan berundur dan tidak akan kalah dengan sendiri

 

Pencapaian:

Pingat Emas pada Kejuaraan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa 2017

Pingat Emas (Pesilat Terbaik) pada Kejohanan Silat Terbuka Institusi Pengajian Tinggi Negeri Perak 2016

Pingat Perak pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 di Perak

Pingat Emas pada Majlis Sukan Universiti Malaysia 2015

Pingat Emas (Pesilat Terbaik) Institusi Pengajian Tinggi Tempatan di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-6 2015

Emas (Pesilat Terbaik Terbuka Putri) pada Kejohanan Silat Olahraga Berpasukan Seni Mempertahankan Diri di Pahang 2014

Pingat Emas pada Sukan Malaysia di Pahang 2012

Kejohanan Silat Kebangsaan 2012 di Perak

Pingat Emas pada Festival Sukan Kombat Universiti Pendidikan Sukan Idris (UPSI) 2011

Pingat Emas pada Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan 2008-2009

Pingat Emas (Pesilat Terbaik Puteri Antarabangsa) di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-8

Pingat Emas (Pesilat Terbaik) Kejohanan Pencak Silat Institusi Pengajian Tinggi Piala Timbalan Naib Canselor UM

Jurulatih Pertubuhan Silat Lincah Malaysia di Bandar Tasik Selatan

 

Sources : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/07/303942/seni-silat-pupuk-perasaan-berani

Published in Articles

Wednesday, 18 January 2017

KUALA LUMPUR: Malaysia will have to bag at least 109 gold medals to achieve their target of becoming overall champions at the 29th SEA Games in Kuala Lumpur from Aug 19-31.

This is the estimation reached by the National Sports Council (NSC) based on the feedback from the national sports associations at the second phase of the Kita Juara training camp two weeks ago.

A total of 38 sports and 405 events will be contested in KL.

According to the NSC, 22 sports have gold medal prospects with aquatics and cycling tipped to be the biggest contributors.

Diving and cycling are tipped to win 11 golds each.

The other contributors are squash (seven), rhythmic gymnastics (six), wushu (six), karate (six) and athletics (six).

Thailand are projected to finish second overall with close to 100 golds.

Malaysia only emerged overall champions once – when it hosted the Games in 2001. Then, Malaysia bagged 111 golds in the 32 sports contested.

Malaysia chef de mission Datuk Marina Chin (pic), however, did not set any target for the contingent at the team managers’ meeting last Saturday.

“It is only the beginning of the year.

“There could be injuries and a drop in form.

“The most important thing is to prepare our athletes well without putting unnecessary pressure on them,” she said.

Malaysian National Cycling Federation (MNCF) president Datuk Abu Samah Wahab believes a double-digit gold haul is realistic for cycling.

“We can possibly deliver 11 to 13 golds in both track and road events as we have home advantage,” he said.

Malaysia Karate Federation (Makaf) secretary general Datuk Vincent Chen is confident of meeting the six-gold target.

“We can deliver more depending on our exponents’ form.

“I think six golds should see us finish as overall champions in karate again,” he said.

 

Sources : http://www.thestar.com.my/sport/other-sport/2017/01/18/yes-we-can-do-it-malaysia-need-at-least-109-golds-to-be-sea-games-overall-champions/

Published in Martial Arts
Wednesday, 04 January 2017 00:00

Peninju muda ‘berguru’ di Thailand

January 4, 2017, Wednesday

 

KUCHING: Kejayaannya pada Kejuaraan Muaythai Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) di Kuala Lumpur menjadi penyuntik semangat kepada Pratasarthee Punniyamoorthy menjalani latihan insentif di Thailand tidak lama lagi.

Juara Pro Belt Kebangsaan 2015 itu mempamerkan aksi cemerlang dalam ‘Cabaran Tali Pinggang Kejuaran MSWP’ – antara empat yang dipertandingkan di Stadium Titiwangsa pada hujung minggu lalu.

Kejuaraan tersebut adalah anjuran Persatuan Muaythai Kuala Lumpur dengan kerjasama MSWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pratasarthee, 15, berjaya menumpaskan pesaing tuan rumah, Azim Red Army melalui kiraan mata setelah berhempas-pulas sepanjang lima pusingan.

“Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan selain berasa amat gembira dengan kemenangan ini.

Namun, saya sedar kejayaan ini datang bersama tanggungjawab untuk menjadi lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Saya ingin menyatakan rasa terhutang budi kepada ibu bapa, keluarga, jurulatih dan rakan-rakan sepasukan yang banyak menyokong dan berkorban untuk saya mencapai apa yang disasarkan selama ini dalam sukan muaythai,” kata pelajar SMK Pending itu di sini semalam.

Mengenai latihan di Thailand, Pratasarthee merakamkan penghargaan kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) serta kelabnya, SS Fighters atas peluang tersebut.

“Sudah tentu saya ingin menimba sebanyak mungkin ilmu dan teknik-teknik perlawanan di negara kelahiran muaythai itu.

Ini merupakan peluang sangat bermakna buat diri saya,” katanya.

Pratasarthee, Ayu Arynafa’iza Azmi dan Shafiq Rushidi merupakan tiga orang atlet muaythai remaja tempatan terpilih menjalani latihan intensif di Thailand tahun ini.

Menurut PMNS, kriteria pemilihan ketiga-tiga atlet itu adalah berdasarkan pencapaian mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta potensi besar masingmasing dalam menyumbangkan pingat buat negara.

Timbalan Presiden PMNS, Sulaiman Salleh ketika dihubungi melahirkan rasa bangga atas kejayaan Pratasarthee di Kuala Lumpur lalu dan beliau mengingatkan anak didiknya supaya mengimbangi antara sukan dan pelajaran.

“Saya mahu Pratasarthee bijak membahagi masa.

Sememangnya kami (SS Fighters) sentiasa menyokong beliau dalam mana-mana kejohanan dan pada masa sama kami mahu beliau berjaya dalam pendidikan.

“Saya yakin Pratasarthee boleh melakukannya kerana beliau masih muda dan perjalanannya masih jauh,” kata Sulaiman yang juga pemilik SS Fighters Gym.

 

Sources : http://www.theborneopost.com/2017/01/04/peninju-muda-berguru-di-thailand/

Published in Kick Boxing Muay Thai

December 18, 2016, Sunday

 

KUCHING: The Sarawak Muaythai Association (PMNS) has selected three local muaythai exponents to undergo intensive training in Thailand next year.

PMNS president Jumaat Ibrahim said the selection criteria of Ayu Arynafa’iza Azmi, Pratasarthee Punniyamoorthy and Shafiq Rushidi were based on their achievements so far and also their potential in winning gold medals for the country.

Ayu Arynafa’iza, 20, is already a seasoned fighter with an impressive resume, which includes a Malaysia Games 2013 silver medal and the Women’s 45-48kg championship title at this year’s National Amateur Muaythai Championship in Kuala Lumpur.

Fifteen-year-old Pratasarthee was the national Pro Belt champion at the Muaythai and Martial Arts Tournament 2015 in Perlis while in September this year, he finished third under the 14-15 Age Group at the International Federation of Muaythai Amateur (IFMA) Youth World Championships in Bangkok, Thailand.

Shafiq, 14, clinched the Junior title at the inaugural National Inter-Club Muaythai Championships in Subang last year but before that, he was the Junior Boys 42kg champion at IFMA World Championships 2014 in Langkawi.

“The three are among Sarawak’s young and bright prospects in muaythai. I hope they would continue to work hard and inspire more Sarawak youths to strive for excellence on the national and international stage.

“Their passion and dedication are also a tribute to the efforts by PMNS in bringing Sarawak muaythai to greater heights,” said Jumaat during an appreciation dinner on Friday hosted by the association at Kuching Civic Centre Youth Hall where Youth, and Sports and Solidarity Ministry permanent secretary Kameri Affandi and state Youth and Sports Department (JBS) director Abdul Harris Ishak were also present.

On the appreciation dinner, Jumaat said the event was meant as recognition to the contributions by various stakeholders towards the development of muaythai in the state.

That night, PMNS presented tokens of appreciation to the ministry, JBS Sarawak, the state Health and Education departments, several non-governmental organisations, as well as to state muaythai coaches and nine young state exponents including Ayu Arynafa’iza, Shafiq and Pratasarthee.

However, Pratasarthee could not attend that night as he is currently undergoing training in Kuala Lumpur.

A special award was also presented to Ayu Arynafa’iza’s father Azmi Karim, whose six out of nine children are all state muaythai athletes.

Azmi, 42 – a former state boxer – said he and his wife Arni Yusnita Kachi could not be happier in seeing their children excel in the sport that they all loved.

“I am proud of my children not only because they are doing very well in muaythai, but also becoming good role models for other youths. I will continue to support them in their undertakings,” said a beaming Azmi.

 

Sources : http://www.theborneopost.com/2016/12/18/three-state-fighters-to-undergo-training-in-thailand-next-year/

Published in Kick Boxing Muay Thai
Wednesday, 23 November 2016 00:00

Rebut tali pinggang TPM

Rabu, 23 November 2016

 

Kuala Lumpur: Seramai 24 petinju dalam dan luar negara akan bertarung bagi 12 kategori Kejohanan DBKL Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2016 pada 26 dan 27 November ini.

Kejohanan berkenaan bagi merebut tali pinggang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan beliau sendiri akan turun gelanggang pada 27 November nanti untuk merasmikan pertandingan itu.

Pengelola Tinju dan Muaythai Kuda Merah Asisten Superintenden Azlan Ab Wahab berkata, kejohanan akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, di sini, selama dua hari berturut-turut.

“Pada hari pertama enam perlawanan berlangsung, manakala baki enam lagi pada Ahad (27 November).

“Timbalan Perdana Menteri akan merasmikan penutupan kejohanan sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, selain peserta tempatan, empat petinju luar negara turut bertanding dalam kejohanan ini membabitkan pencabar dari Uzbekistan, Thailand dan Afrika Selatan.

Bagi Kelab Muaythai Kuda Merah, mereka menghantar empat wakil Tengku Shahrizal Tengku Abdul Rahman (Pokku), Amirul Ariffin (Ban Mero), Nik Ariff Nik Kahar (Dik Ngah), Lokman Hakimi Mat Roji (Lokman) dan Muhammad Fahmi Badrul Zaman (Fahmi Tok Merah).

Jelas beliau, orang ramai diminta tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan ini dengan tiket berharga RM20 untuk tempat duduk biasa manakala RM50 (VIP).

 

Sources : http://www.hmetro.com.my/node/183958

Published in Kick Boxing Muay Thai
Friday, 11 November 2016 00:00

Izuan Iron Brother bawa bendera Johor

11 November 2016

 

PETINJU Johor, Izuan Iron Brother bersedia mencabar kehebatan Asrul Suhaimi bagi merebut tali pinggang Timbalan Perdana Menteri dalam Kejuaraan Grand Final DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2016 hujung bulan ini.

Menurut Izuan, sebagai persiapan menghadapi Asrul atau Mat Yo Kuda Merah Subang, dia menjalani latihan khas di bawah tunjuk ajar jurulatih peribadinya Shahery Mohd Narizan.

"Misi saya adalah menumbangkan Mat Yo. Jadi, saya harap bangsa Johor yang menetap di Kuala Lumpur dapat hadir menyaksikan pertarungan saya.

"Kehadiran dan sokongan anda menyuntik semangat juang saya di dalam gelanggang nanti," katanya.

Kejohanan kali ini berlangsung pada 26 dan 27 November di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sinar Harian adalah akhbar rasmi kejohanan.

 

Sources : http://www.sinarharian.com.my/sukan/izuan-iron-brother-bawa-bendera-johor-1.584448

Published in Kick Boxing Muay Thai
Wednesday, 12 October 2016 00:00

Sarawak’s wushu four for 2017 SEA Games

October 12, 2016, Wednesday

 

KUALA LUMPUR: Four Sarawakians have made it to the national squad for the SEA Games in Kuala Lumpur next year.

Loh Jack Chang and Gjblehem Bong Teck Fuu (men) and Audrey Chan Yee Jo and Diana Bong Siong Lin (women) were among the 17 athletes who attended the second phase of the selection trial at the National Sports Council (MSN) gym at Bukit Jalil, Kuala Lumpur last Friday.

Others selected were Wong Weng Son, Yeap Wai Kin, Khaw Jun Lim, Ho Mun Hua, Loh Choon How (men), Tan Cheong Min, Tai Cheau Xuen, Phoon Eyin, Aggie Cheah Ruey Shin, Loh Ying Ting and Chan Lu Yi (women).

One athlete withdrew from the selection while two others were dropped.

Most of the candidates on trial have just represented Malaysia at the recent Asian Wushu Championship in Taiwan where they captured one gold, four silver and three bronze medals.

Wushu Federation of Malaysia coaches and selection chairman James Ting headed the selection panel which comprised Yoong Thong Foong, China coach Zhou Bin, Tan Ching Fung, Lim Yew Fai and Wong Wai Ching.

“The national squad for SEA Games comprising six men and six women will be finalised after the final selection in February next year,” said Ting after the Federation’s committee meeting here on Sunday.

Ting, also Wushu Federation of Sarawak deputy president and head coach, said this was the most transparent selection in the country’s wushu history.

“We want to ensure that only the best athletes will represent the country in international competitions and there is no bias in the selection process.

“The members of the selection panel sat down to analyse and discuss the performance of all athletes in the selection trial and we have a unanimous decision on selecting the 15 athletes,” said Ting.

According to him, there are some athletes who have been in the national squad for quite some time and they may have to make way for the upcoming athletes.

 

Sources : http://www.theborneopost.com/2016/10/12/sarawaks-wushu-four-for-2017-sea-games/

Published in Wushu
Friday, 30 September 2016 00:00

Pesilat negara sapu lima emas

Jumaat, 30 September 2016

 

Kuala Lumpur: Malaysia jelas berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa dengan menyapu lima emas daripada lapan acara dipertandingkan pada Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri di Square One Shopping Mall, Batu Pahat, semalam.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan kontingen negara semakin hampir untuk mengulangi pencapaian tahun lalu apabila muncul juara bagi kategori antarabangsa selepas meraih lima emas di Kuantan.

Lima emas masing-masing daripada silat seni Putera dan Puteri wanita yang membolehkan skuad negara mengatasi 13 pasukan luar termasuk Indonesia, Thailand, Brunei, Timor Leste, Yaman, Pakistan dan lain-lain.

Pesilat negara, Fatin Far
hana yang menewaskan pesilat Indonesia, Alvi Rukmana dalam acara solo kreatif puteri apabila mengutip 192 mata untuk mengatasi pencabarnya dengan kelebihan satu mata, mengakui gembira dengan pencapaiannya itu.

“Syukur kerana dapat menyumbangkan pingat buat negara biarpun jurang mata hanya dipisahkan dengan satu saja.

“Apapun, saya gembira dan pingat emas ini saya hadiahkan kepada semua pihak yang banyak menyokong,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Bagi pasangan negara dalam kategori ganda putera Taufiq Abdul Latif dan Mohd Noor Saufi, kejayaan menumbangkan pasangan Indonesia amat bermakna apatah lagi dapat memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila sekadar merangkul perak.

“Tahun lalu kami hanya raih perak dan kemenangan emas ini cukup bermakna bagi kami. Kami akan teruskan prestasi ini dan cuba mengekalkannya mana tahu ada rezeki boleh menang lagi selepas ini,” kata pasangan emas itu.

 

Sources : http://www.hmetro.com.my/node/170424

Published in Silat
Tuesday, 20 September 2016 00:00

Ayu Aryna is toast of state muaythai team

 

KUCHING: Sarawak’s sole female representative Ayu Aryna Faiza Azmi also turned out to be the only champion in the state team when she won the 45-48kg title in the National Amateur Muaythai Championship which ended in Kuala Lumpur last Sunday.

Seven boxers fought in the tournament under the state colours.

Two other Sarawakians Heendrew Lois Rekan (57-60kg) and Lu Yi Ran (71-75kg) finished third in their respective categories.

Kedah were overall champions while Sarawak finished seventh.

A total of 16 teams competed in the tournament held at the Police Training Centre (Pulapol) hall, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

The tournament served as a platform for Malaysia Muaythai Association (PMM) to select athletes to represent the country for next year’s SEA Games.

Speaking to reporters yesterday, Sarawak Muaythai Association (PMNS) president Jumaat Ibrahim called on local boxers to seize opportunities to shine in tournaments so as to represent the country eventually.

“It is an honour for any Sarawakian to represent the country. We hope to groom more boxers good enough to represent the country in the future,” he said.

 

Sources : http://www.theborneopost.com/2016/09/20/ayu-aryna-is-toast-of-state-muaythai-team/

Published in Kick Boxing Muay Thai
Friday, 05 August 2016 00:00

Karate mampu sumbang emas Olimpik negara

Jumaat, 5 Ogos 2016

 

KUALA LUMPUR: Peluang Malaysia memenangi pingat emas acara karate Sukan Olimpik 2020 sememangnya cerah, namun ia perlu disulami perancangan dan persediaan yang mantap, kata bekas atlet kebangsaan, R Puvaneswaran. Bagi pemenang emas acara kumite bawah 55 kilogram Sukan Asia 2010 itu, Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) perlu segera melakukan rombakan dan perancangan baharu terhadap program persediaan atlet ke arah Sukan Olimpik 2020. "Sejak sekian lama, karate tidak pernah gagal menyumbang pingat emas di temasya besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan juga pingat lain di peringkat dunia.

Kita tidak pernah pulang dengan tangan kosong. "Jadi, peluang Malaysia memenangi pingat emas di Olimpik tetap ada," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam mesyuarat sesi ke-129 di Rio de Janeiro, Brazil pada Rabu, meluluskan lima sukan baharu termasuk karate, besbol/sofbol, papan selaju, sukan mendaki dan luncur air ke dalam program Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Puvaneswaran berkata atlet negara perlu bekerja lebih keras untuk memastikan mereka layak mewakili Malaysia di Sukan Olimpik di Tokyo nanti. Katanya walaupun ketika ini atlet negara telah mencipta nama dan kedudukan yang baik di peringkat Asia dan dunia, beliau yakin syarat dan had kelayakan ke Sukan Olimpik pastinya lebih ketat memandangkan setiap kategori hanya mengehadkan 10 peserta, selain tiada acara berpasukan. "Apa yang saya lihat di laman web, acara akan dibahagikan kepada lapan kategori dan setiap satu hanya membabitkan 10 peserta sahaja. "Peluang untuk kita menang memang cerah tapi apa yang penting adalah untuk melayakkan diri terlebih dahulu kerana saya pasti ia akan lebih ketat," katanya.

Semalam, Setiausaha Kehormat Makaf Vincent Chen berkata Persekutuan Karate Dunia (WKF) dijangka mengadakan mesyuarat di Austria bagi membincangkan syarat dan had kelayakan untuk ke Sukan Olimpik 2020, pada Oktober ini. Vincent mengakui laluan untuk atlet negara tidak akan semudah yang dijangka walaupun Malaysia adalah antara kuasa besar sukan itu di Asia Tenggara.

Mengulas keputusan IOC, Puvaneswaran, 41, berkata keputusan itu sememangnya dinantikan atlet, pegawai serta peminat sukan karate seluruh dunia. Katanya walaupun terkilan tidak dapat meneruskan impiannya beraksi di temasya Sukan Olimpik, beliau berharap ia dapat dicapai menerusi salah seorang daripada anak didiknya di Akademi Karate Puvan.

Malaysia adalah kuasa besar karate di temasya Sukan SEA dan telah menyumbang pingat emas dalam empat daripada lima temasya Sukan Asia terakhir. Syakilla Salni, antara penyumbang pingat emas di Sukan Asia 2014, di Incheon, Korea Selatan turut meraih pingat perak di Kejohanan Dunia di Jerman manakala pasukan kata lelaki yang terdiri daripada Hoe Thomson, Emmanuel Leong dan Ricky Leong turut meraih pingat gangsa pada kejohanan sama tahun lepas.

 

Sources : http://www.bharian.com.my/node/180265

Published in Karate
Page 1 of 3