"To me, the extraordinary aspect of martial arts lies in its simplicity. The easy way is also the right way, and martial arts is nothing at all special; the closer to the true way of martial arts, the less wastage of expression there is." Bruce Lee

Sabtu 21 Januari 2017

 

BINTULU: Seramai 11 atlet taekwondo dari Bintulu menggalas cabaran Sarawak pada Kejohanan Taekwondo TM (WTF)-NSC-MILO Kebangsaan 2017 Kali Ke-8 dari 20 hingga 22 Januari di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam Selangor.

Kejohanan itu anjuran Taekwondo Malaysia (WTF) dan Taekwondo Negeri Selangor (WTF).

Pasukan Bintulu berangkat dari Lapangan Terbang Bintulu menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur jam 9.20 pagi kelmarin.

Pengerusi Kelab Taekwondo Smart Bintulu merangkap Naib Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Raja Zahari Raja Yusof berkata pihaknya tidak menaruh harapan terlalu tinggi kepada pasukan tersebut sebaliknya sekadar penyertaan ke peringkat kebangsaan sekali gus untuk menimba pengalaman.

Katanya, ada beberapa atlet tersebut masih baharu dan belum banyak didedahkan dalam pertandingan di luar Bintulu.

“Begitupun sekiranya memperolehi tiga pingat emas dalam kejohanan itu ia sudah memadai,” katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sebelum menyertai kejohanan itu pasukan tersebut membuat persediaan rapi dalam tempoh agak lama selepas Sukan Malaysia (SUKMA) di sini tahun lalu.

“Sejak sebulan lalu, persiapan secara intensif turut dijalankan untuk atlet-atlet terbabit,” katanya sambil menambah atlet yang dipilih adalah pelajar dari sekolah menengah sekitar Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu.

Katanya, seorang daripada atlet tersebut berada di Kompleks Sukan Bukit Jalil menjalani latihan dan persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun ini.

 

Sources : http://www.utusanborneo.com.my/content/11-atlet-bintulu-wakili-sarawak-kejohanan-taekwondo-kebangsaan

Published in Taekwondo
Monday, 10 August 2015 00:00

Gilap bakat muay thai

Isnin, 10 Ogos, 2015

 

 

Kuala Terengganu: Persatuan Muay Thai Terengganu (PMTT) giat menjalankan sesi uji bakat bagi mengenal pasti tiga atlet wanita yang layak mewakili negeri pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan kejohanan muay thai di negara ini. Presiden PMTT Najmi Abdullah berkata, pihaknya sedang berusaha mencungkil bakat baru dalam sukan seni mempertahankan diri itu melalui Akademi Muay Thai yang diwujudkan di negeri itu. “Kami menggalakkan remaja seawal usia 12 tahun untuk mengikuti latihan muay thai yang dijalankan di dua Akademi Muay Thai di negeri ini termasuk Akademi Muay Thai Terengganu (AMTT) di Gong Badak.

“Melalui akademi itu, kami akan mengenal pasti atlet berbakat dan mempunyai potensi untuk diketengahkan seterusnya mewakili negeri ke SUKMA jika sukan itu dipertandingkan,” katanya selepas majlis Perasmian AMTT di sini, semalam. Turut hadir, jurulatih Muay Thai SUKMA Terengganu Hafiz Rozaidi dan Penasihat Persatuan Muay Kayu Kelat Besut Shamsueffendi Mohamad. Najmi berkata, PMTT sebelum ini terpaksa menggunakan khidmat tiga atlet wanita dari negeri lain untuk mewakili negeri ke kejohanan muay thai yang dianjurkan di dalam negara termasuk SUKMA. “Kali ini kami berhasrat untuk melahirkan sendiri atlet wanita bagi membawa cabaran negeri ke kejohanan yang dianjurkan pada peringkat kebangsaan dan SUKMA.

“Sempena pembukaan akademi baru di Gong Badak, kami menerima lebih 10 ahli wanita yang berminat mengikuti latihan muay thai di pusat latihan itu selain 40 pendaftaran peserta lelaki dan mereka akan dibimbing jurulatih SUKMA Terengganu,” katanya. Menurutnya, seramai 13 atlet muay thai sedia ada dari negeri ini akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antara Kelab-Kelab Kebangsaan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. “Penyertaan itu sebagai sesi pemanas badan selain memberi pengalaman kepada 13 atlet muay thai negeri ini sebelum menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa nanti,” katanya

 

Sources : http://www.hmetro.com.my/node/69242#foto

- Muay Thai Schools

- Learn Martial Arts at Terengganu

Published in Kick Boxing Muay Thai