"Those who are skilled in combat do not become angered, those who are skilled at winning do not become afraid. Thus the wise win before the fight, while the ignorant fight to win." - O Sensei Ueshiba

Khamis, 24 Ogos 2017

 

KL2017: Taqiyuddin-Rosli menang emas dari gelanggang silat

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia meraih pingat emas acara ganda putera dalam sukan silat menerusi Taqiyuddin Hamid dan Rosli Sharif pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini, sebentar tadi.

 

Gandingan Taqiyuddin-Rosli memastikan kemenangan negara selepas menghimpun 582 mata, bagi mengenepikan cabaran wakil Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 554 mata.

 

Sources: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/08/316857/kl2017-taqiyuddin-rosli-menang-emas-dari-gelanggang-silat

 
Published in Silat
Friday, 25 August 2017 00:00

Mohd Al-Jufferi buru emas keempat silat

Jumaat, 25 Ogos 2017

 

KUALA LUMPUR: Juara silat dunia 2016, Mohd Al-Jufferi Jamari menaruh keyakinan tinggi dalam usahanya memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam Sukan SEA apabila temasya itu berlangsung di laman sendiri kali ini.

 

Selepas melakukan hatrik memenangi pingat emas di Singapura dua tahun lalu, dia yang akan bertanding dalam acara silat olahraga Kelas Putra E (65-70kg) mahu menghasilkan keputusan terbaik di hadapan penyokong sendiri ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

 

"Saya sudah berjaya menang tiga kali berturut-turut dalam temasya Sukan SEA sebelum ini dan hatrik dalam kejuaraan dunia.

 

"Sasaran saya sekarang ini nak buru pingat emas keempat berturut-turut dalam temasya ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

 

Mohd Al-Jufferi memenangi tiga emas Sukan SEA berturut-turut, bermula 2011 di Indonesia dan mengulanginya di Myanmar pada 2013, sebelum mencipta hatrik pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

 

Mengulas mengenai pencabar terdekat, beliau berkata pesilat dari Indonesia dan Vietnam menjadi pencabar utama dalam usaha beliau mempertahankan pingat emas.

 

"Bagi saya semua pesaing adalah kuat dan ingin mengalahkan saya tapi yang spesifik adalah dari Indonesia dan Vietnam. Itu memang musuh ketat saya dalam acara ini," katanya.

 

Sementara itu, Mohd Al-Jufferi yang terpilih sebagai pembawa bendera bersama dengan jaguh berbasikal trek, Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong pada majlis perasmian Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos ini berkata beliau merasa amat bangga dapat menggalas tanggungjawab itu.

 

"Saya tak pernah terfikir dapat terpilih sebagai pembawa bendera pada upacara perasmian nanti tetapi saya merasa amat bangga diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa Jalur Gemilang nanti," katanya.

 

Sources: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/08/310957/mohd-al-jufferi-buru-emas-keempat-silat

Published in Silat
Friday, 09 December 2016 00:00

Pesilat negara tawan Bali

9 Disember 2016

 

 

SKUAD silat negara melakar sejarah tersendiri di Bali semalam.

 

Jaguh negara, Al Jufferi Jamari dan srikandi, Siti Rahmah Nasir muncul pesilat dunia pertama merangkul gelaran hatrik selepas meraih kemenangan di pentas akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Arena Gor Lila Bhuana Denpasar.

 

Dalam saingan yang disertai 40 buah negara, kedua-dua pesilat negara itu yang meraih kemenangan pada 2012 dan 2015 ternyata tidak berdepan sebarang masalah untuk menundukkan lawan masing-masing.

 

Olahragawan Kebangsaan 2015 itu menumbangkan pesilat Thailand, Kuibrohem Kumaha 5-0, manakala Siti Rahmah pula mengetepikan cabaran Nguyen Thi Yen dari Vietnam 5-0 dalam kelas Putra dan Putri E.

 

“Cabaran saya masih belum tamat dan sanggup berkorban demi negara pada Sukan SEA di Malaysia nanti,” ujar Al Jufferi.

 

Siti Rahmah pula tampil dalam nada berbeza dengan meluahkan hasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa.

 

“Usia sudah mencecah 29 tahun dan ini adalah medan terakhir saya pada pentas Kejuaraan Dunia serta Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujarnya.

 

Malaysia turut meraih emas ketiga menerusi Razak Ghazali yang menumpaskan pesilat tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama 3-2 bagi kelas Putra D.

 

Published in Silat

August 27, 2016, Saturday

 

KUCHING: Presiden Per­satuan Muaythai Sarawak (PMS) Jumaat Ibrahim men­yambut baik inisiatif Per­satuan Muaythai Malaysia (PMM) menganjurkan kur­sus pengadil muaythai di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dan South City Plaza, Selangor pada 19 hingga 21 Ogos lalu.

Menurut Jumaat, pengan­juran kursus tersebut sangat penting bagi menambah baik kemahiran dan pengetahuan pengadil-pengadil muaythai di negara ini khususnya di Sarawak.

Beliau berkata, peserta kursus juga berpeluang mengetahui pelbagai mak­lumat terkini mengenai pengadilan muaythai serta pembahagian markah yang digunakan semasa pengan­juran pertandingan di sini nanti.

“Kursus itu bukan sahaja dihadiri oleh pengadil-pen­gadil sedia ada malah saya sendiri sebagai presiden PMS turut serta agar kita dapat menambah baik mutu pengadilan dan menjadikan­nya lebih telus terutamanya semasa pertandingan.

“Selain itu, penyertaan pada kursus itu juga sebagai persediaan kita menghadapi perlawanan muaythai pering­kat SUKMA mahupun Sukan SEA nanti,” katanya.

Seramai 18 peserta dari Sarawak diketuai Jumaat menyertai kursus selama tiga hari itu.

Ia dianjurkan oleh PMM dan dikendalikan oleh fa­silitator dari Persekutuan Antarabangsa Muaythai Amatur (IFMA) dan Majlis Muaythai Dunia (IMC).

Kursus tersebut sebagai persiapan Malaysia mengan­jurkan Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

 

Sources : http://www.theborneopost.com/2016/08/27/pms-menyambut-baik-inisiatif-pmm-menganjur-kursus-pengadil-muaythai/

Published in Kick Boxing Muay Thai
Sunday, 29 May 2016 00:00

Kejohanan karate cungkil bakat baharu

Ahad, 29 Mei 2016

 

KUALA LUMPUR: Sukan karate sering kali memainkan peranan penting untuk menambah koleksi pingat emas buat negara di mana-mana kejohanan antarabangsa. Ia bukan saja dilakukan di temasya dwi-tahunan, Sukan SEA.

"Karate menjadi penyumbang pingat emas bukan saja di Sukan SEA, tetapi di semua acara seluruh dunia dalam kejohanan apabila Malaysia menjadi peserta. "Kalau untuk di Sukan SEA, Kuala Lumpur nanti kita akan jadi tuan rumah sudah tentu memastikan saingan sengit diberikan dan saya yakin kita akan berpeluang dapatkan pingat emas," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan ketika ditemui di Kejohanan Karate MILO Terbuka Malaysia kali ke-17 yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam sukan karate adalah pada 2001 dengan kutipan sembilan pingat emas. Keputusan terbaik di luar Kuala Lumpur adalah di Brunei pada 1999 berjumlah tujuh emas. Mengulas lanjut, katanya kejohanan terbuka yang dianjurkan selama dua hari berakhir semalam itu sedikit sebanyak membantu kementerian mengenal pasti pelapis dalam usaha melahirkan jaguh-jaguh antarabangsa khususnya Sukan SEA, akan datang. Selain itu, Saravanan berkata kajian turut akan dijalankan untuk mempertimbangkan kemungkinan mengadakan kejohanan di lokasi lain selepas ini memandangkan sambutan menggalakkan diberikan.

"Walaupun sudah kali ke-17 dilangsungkan tapi kejohanan ini masih mendapat sokongan dan sambutan peserta dalam dan luar negara, ini menunjukkan masih ada kepercayaan terhadap penganjur. "Kerana di sini (Stadium Badminton Cheras) adalah venue popular dan kita mungkin perlukan tempat lebih sesuai dengan sambutan luar biasa yang diberikan tapi apa pun kita akan kaji terlebih dulu akan perkara ini," katanya. Terdahulu, kejohanan terbabit disertai 856 peserta daripada Malaysia, Indonesia, India, Iran, Syria, Bangladesh, Singapura, Filipina dan Sri Langka. Kejohanan berkenaan disertai peserta berusia bermula lima hingga 22 tahun.

 

Sources : http://www.bharian.com.my/node/158863

Published in Karate