"I see martial arts as moving forms of meditation. When you're sparring or drilling techniques, you can't think of anything else." Joe Rogan
Wednesday, 05 April 2017 00:00

Politeknik Malaysia juara pencak silat

05 April 2017, Wednesday

 

DUNGUN 4 April – Pasukan Politeknik Malaysia muncul juara keseluruhan Kategori Institusi Pengajian Tinggi Jemputan dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017 baru-baru ini.

Pasukan yangg diwakili pesilat Politeknik Sultan Mizan Zai­nal Abidin (PSMZA), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) meraih lima emas, dua perak dan tiga gangsa.

Dalam kejohanan edisi kelapan di Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim Perak itu, mereka bersaing dengan universiti awam dan swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kolej swasta bagi merebut piala Menteri Besar Perak.

 

Ketua Jurulatih Pasukan Politeknik Malaysia, Mohd. Faizul Abu Bakar berkata, PSMZA menyumbang dua emas, satu gangsa dalam Kategori Tanding Putera (kelas J) dan Puteri (kelas F) dan satu gangsa.

Menurutnya, pingat emas yang lain disumbangkan oleh (PUO) menerusi Kelas D Putera, Kelas H Putera (Polisas) dan Kelas Bebas Puteri (PUO).

“Sebanyak 36 pasukan de­ngan 450 atlet bertanding dan Politeknik Malaysia menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Politeknik Malaysia A seramai 30 atlet dan Politeknik Malaysia B 21 atlet,” katanya di sini.

Beliau berkata, Politeknik Malaysia menerima piala pu­singan dan iringan bersama wang tunai RM2,000 yang di­sampaikan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Perak, Dr. Ahmad Tajudin Mansur kepada Pe­ngarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Zairon Mustapha yang mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

Published in Silat