I try to keep the martial arts up. It's a good thing, not just physically but also for your mind. Dolph Lundgren

19 Jun 2017, Isnin

 

BERKORBAN apa sahaja. Itulah dilakukan barisan pesilat negara yang terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana bakal 'bertapa' selama tiga minggu di kawasan pergunungan Da Lat, Vietnam bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Ketua jurulatih skuad silat negara, Nasri Nasir berkata kesemua atlet itu telah berlepas semalam ke Vietnam bagi memastikan fokus mereka pada sesi latihan tidak terganggu terutamanya mengingati sambutan hari raya bersama keluarga masing-masing.

"Ini latihan intensif terakhir sebelum Sukan SEA. Atlet pun sudah dimaklumkan perkara ini sejak awal-awal lagi, jadi saya yakin mereka akan memberikan fokus pada latihan di Vietnam nanti," katanya kepada Bernama.

 

Nasri yang dinobatkan Jurulatih Lelaki Kebangsaan 2015, berkata sepanjang berada di Vietnam, latihan fizikal dan taktikal akan ditekankan dalam kalangan pesilat negara memandangkan cabaran pada Sukan SEA kali ini dijangka sengit.

 

Beliau memaklumkan sekembalinya dari Vietnam pada 7 Julai ini, skuad silat negara akan menjalani kem motivasi di Gunung Ledang, Johor selama lima hari sebelum meneruskan sesi latihan di Cameron Highlands, Pahang bagi tempoh 10 hari.

Mengenai sasaran lapan pingat emas yang diletakkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) pada Sukan SEA 2017, Nasri yakin ia boleh dicapai selepas melihat komitmen yang dipamerkan barisan pesilat negara sama ada semasa latihan mahupun pertandingan sebelum ini.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan pesilat negara supaya tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan terutamanya Indonesia,Vietnam dan Thailand yang dijangka memberi saingan sengit kepada Malaysia pada Sukan SEA nanti.

"Kekuatan pesilat kita untuk mencapai sasaran lapan pingat itu munasabah jika dilihat pada prestasi pesilat kita di mana pada Kejohanan pra Sukan SEA awal tahun ini, kita berjaya meraih sembilan pingat emas.

"Walaupun prospek pingat emas lebih diletakkan kepada dua juara dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohamed Nasir, saya lihat pesilat lain turut berpeluang meraih emas," katanya.

Acara pencak silat pada Sukan SEA 2017 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 24 hingga 29 Ogos.

Senarai 26 pesilat ke Sukan SEA 2017:

Putera:

Mastafa Fitri Bun Masjuri, Muhammad Faizul Mohd Nasir, Mohamad Zarish Hakim Shukor, Razak Ghazli, Mohd Al-Jufferi Jamari, Mohd Fauzi Khalid, Mohamed Khusairy Azhar, Muhammad Robial Sobri, Ahmad Badrirullah Rahmat, Mohd Khaizul Yaacob, Muhammad Afifi Nordin

Mohd Taqiyuddin Hamid, Rosli Mohd Sharif, Mohd Faiz Abdul Malek, Muhammad Syafiq Ibrahim, Sazzlan Yuga.

Puteri:

Nurul Annisa Mohd Sobri, Siti Humairah Kasidin, Siti Shazwana Ajak, Siti Rahmah Mohamed Nasir, Nur Atikah Alias, Nor Hamizah Abu Hassan, Nur Syazreen Abdul Malik, Nuraisyah Shamshul Bahrin, Wan Nur Shela Muntaha, Siti Farah Hanin Samsuddin. - Bernama

 

Sources : http://www.sinarharian.com.my/sukan/pesilat-negara-korban-syawal-demi-sukan-sea-2017-1.691860

Published in Silat
Saturday, 12 September 2015 00:00

Silat: Malaysia juara keseluruhan

12 September 2015

 

 

MALAYSIA muncul juara keseluruhan Kejohanan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 9 hingga 12 September. Skuad negara mengumpul 10 pingat emas, masing-masing empat menerusi acara silat tanding lelaki dan wanita, satu menerusi acara silat seni wanita dan satu daripada acara berpasukan yang berlangsung hari ini.

Selain itu, mereka turut meraih satu pingat perak dan gangsa dalam kategori tanding lelaki. Naib juara dimenangi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tiga emas, satu perak dan empat gangsa diikuti Thailand dengan satu emas, tiga perak dan dua gangsa. Skuad negara meraih emas ke-10 dalam acara berpasukan selepas menundukkan Thailand 4-1 dalam perlawanan akhir yang turut disaksikan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam. Skuad negara hampir memperolehi kemenangan percuma apabila Thailand menarik diri kerana tidak puas hati dengan keputusan wasit terhadap jatuhan yang dibuat pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari ketika menentang Adilan Cek Meng. Namun, selepas berbincang dengan beberapa pegawai pertandingan di samping mendapat sokongan penonton yang mahukan pesilat Thailand meneruskan aksi mereka, Adilan kembali ke gelanggang dan pertukaran wasit juga dilakukan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Mohd Al-Jufferi membuktikan beliau memang tiada tandingan apabila menundukkan Adilan 5-0, sebelum Siti Zubaidah Che Omar mengutip mata kedua negara selepas menewaskan Ploytika Amloy 5-0. Mohd Fauzi Khalid meneruskan kecemerlangan skuad negara apabila mengutip mata ketiga selepas mengalahkan Kuibrohem Kubaha sebelum Noor Farahana Ismail tewas kepada Firdad Duromae untuk memberi mata tunggal kepada Thailand. Muhamad Faizul M. Nasir mengesahkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Tien Terapong.

Sementara itu, Mohd Al-Jufferi dan Siti Humairah Kasidin dinobatkan sebagai pesilat lelaki dan wanita terbaik kejohanan.

 

Sources : http://www.sinarharian.com.my/sukan/silat-malaysia-juara-keseluruhan-1.430175

 

Published in Silat