"A warrior may choose pacifism; others are condemned to it." - Author unknown

Sabtu 21 Januari 2017

 

BINTULU: Seramai 11 atlet taekwondo dari Bintulu menggalas cabaran Sarawak pada Kejohanan Taekwondo TM (WTF)-NSC-MILO Kebangsaan 2017 Kali Ke-8 dari 20 hingga 22 Januari di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam Selangor.

Kejohanan itu anjuran Taekwondo Malaysia (WTF) dan Taekwondo Negeri Selangor (WTF).

Pasukan Bintulu berangkat dari Lapangan Terbang Bintulu menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur jam 9.20 pagi kelmarin.

Pengerusi Kelab Taekwondo Smart Bintulu merangkap Naib Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Raja Zahari Raja Yusof berkata pihaknya tidak menaruh harapan terlalu tinggi kepada pasukan tersebut sebaliknya sekadar penyertaan ke peringkat kebangsaan sekali gus untuk menimba pengalaman.

Katanya, ada beberapa atlet tersebut masih baharu dan belum banyak didedahkan dalam pertandingan di luar Bintulu.

“Begitupun sekiranya memperolehi tiga pingat emas dalam kejohanan itu ia sudah memadai,” katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sebelum menyertai kejohanan itu pasukan tersebut membuat persediaan rapi dalam tempoh agak lama selepas Sukan Malaysia (SUKMA) di sini tahun lalu.

“Sejak sebulan lalu, persiapan secara intensif turut dijalankan untuk atlet-atlet terbabit,” katanya sambil menambah atlet yang dipilih adalah pelajar dari sekolah menengah sekitar Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu.

Katanya, seorang daripada atlet tersebut berada di Kompleks Sukan Bukit Jalil menjalani latihan dan persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun ini.

 

Sources : http://www.utusanborneo.com.my/content/11-atlet-bintulu-wakili-sarawak-kejohanan-taekwondo-kebangsaan

Published in Taekwondo