"It's my goal to make martial arts compulsory for girls in school. In China, you have to do two years of martial arts' training without which you cannot get a graduation degree." Akshay Kumar
Wednesday, 05 April 2017 00:00

Politeknik Malaysia juara pencak silat

05 April 2017, Wednesday

 

DUNGUN 4 April – Pasukan Politeknik Malaysia muncul juara keseluruhan Kategori Institusi Pengajian Tinggi Jemputan dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017 baru-baru ini.

Pasukan yangg diwakili pesilat Politeknik Sultan Mizan Zai­nal Abidin (PSMZA), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) meraih lima emas, dua perak dan tiga gangsa.

Dalam kejohanan edisi kelapan di Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim Perak itu, mereka bersaing dengan universiti awam dan swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kolej swasta bagi merebut piala Menteri Besar Perak.

 

Ketua Jurulatih Pasukan Politeknik Malaysia, Mohd. Faizul Abu Bakar berkata, PSMZA menyumbang dua emas, satu gangsa dalam Kategori Tanding Putera (kelas J) dan Puteri (kelas F) dan satu gangsa.

Menurutnya, pingat emas yang lain disumbangkan oleh (PUO) menerusi Kelas D Putera, Kelas H Putera (Polisas) dan Kelas Bebas Puteri (PUO).

“Sebanyak 36 pasukan de­ngan 450 atlet bertanding dan Politeknik Malaysia menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Politeknik Malaysia A seramai 30 atlet dan Politeknik Malaysia B 21 atlet,” katanya di sini.

Beliau berkata, Politeknik Malaysia menerima piala pu­singan dan iringan bersama wang tunai RM2,000 yang di­sampaikan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Perak, Dr. Ahmad Tajudin Mansur kepada Pe­ngarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Zairon Mustapha yang mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

Published in Silat
Wednesday, 28 September 2016 00:00

PSMZA tuan rumah Kursus Kejurulatihan Silat

29 September 2016

 

DUNGUN 28 Sept. – Seramai 33 peserta termasuk dua dari Thailand mengikuti Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 Kebangsaan Politeknik Malaysia 2016 yang diadakan di sini baru-baru ini. Program selama lima hari itu disertai kalangan jurulatih dari Politeknik Malaysia di samping jurulatih dari negeri-negeri dan daerah seluruh negara yang belum mempunyai tauliah yang diiktiraf.

Kursus ini dianjurkan bagi membolehkan peserta bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan dengan tauliah daripada Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) dan Akademik Kejurulatihan Institut Sukan Negara(ISN). Tauliah kepada mereka yang lulus disampaikan oleh Pengarah Politikenik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Mohd. Pauzi Ibrahim. Majlis penyampaian turut dihadiri Pengerusi Biro Kejurulatihan Pesaka Malaysia, Datuk Osman Nok yang juga Pengurus Pasukan Pencak Silat Malaysia.

Pegawai Perhubungan Awam PSMZA, Zaharuddin Abdul Ghani memberitahu, para peserta telah didedah dan dibimbing dalam melaksanakan kaedah-kaedah serta teknik pencak silat yang berkesan “Juga soal penerapan etika kejurulatihan yang baik, di samping pengurusan pemakanan atlet sebelum, semasa dan selepas kejohanan,” ujarnya.

Kalangan pembimbing termasuklah Osman bersama Ketua Jurulatih Pencak Silat Malaysia, Nasri Nasir; Ketua Jurulatih Sukan Spesifik, Nor Hayatudin Othman; Jurulatih Pencak Silat Malaysia, Mohamad Mat Amin dan Pengerusi Dewan Pendekar Pesaka Malaysia, Somasundram A/L S.I.Patham. “Kursus ini melibatkan kuliah teori dan amali. Peserta kemudiannya diuji bagi melayakkan mereka memperoleh sijil tauliah sebagai jurulatih pencak silat tahap 1 Kebangsaan,” ujarnya.

 

 

Sources : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/psmza-tuan-rumah-kursus-kejurulatihan-silat-1.388351

Published in Silat