"I don't think I'm in any position to call myself a martial artist. I'm a student of the martial arts." Lou Reed
Friday, 25 August 2017 00:00

Mohd Al-Jufferi buru emas keempat silat

Rate this item
(0 votes)
PESILAT Negara, Mohd Al Jufferi Jamari. PESILAT Negara, Mohd Al Jufferi Jamari. bernama

Jumaat, 25 Ogos 2017

 

KUALA LUMPUR: Juara silat dunia 2016, Mohd Al-Jufferi Jamari menaruh keyakinan tinggi dalam usahanya memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam Sukan SEA apabila temasya itu berlangsung di laman sendiri kali ini.

 

Selepas melakukan hatrik memenangi pingat emas di Singapura dua tahun lalu, dia yang akan bertanding dalam acara silat olahraga Kelas Putra E (65-70kg) mahu menghasilkan keputusan terbaik di hadapan penyokong sendiri ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

 

"Saya sudah berjaya menang tiga kali berturut-turut dalam temasya Sukan SEA sebelum ini dan hatrik dalam kejuaraan dunia.

 

"Sasaran saya sekarang ini nak buru pingat emas keempat berturut-turut dalam temasya ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

 

Mohd Al-Jufferi memenangi tiga emas Sukan SEA berturut-turut, bermula 2011 di Indonesia dan mengulanginya di Myanmar pada 2013, sebelum mencipta hatrik pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

 

Mengulas mengenai pencabar terdekat, beliau berkata pesilat dari Indonesia dan Vietnam menjadi pencabar utama dalam usaha beliau mempertahankan pingat emas.

 

"Bagi saya semua pesaing adalah kuat dan ingin mengalahkan saya tapi yang spesifik adalah dari Indonesia dan Vietnam. Itu memang musuh ketat saya dalam acara ini," katanya.

 

Sementara itu, Mohd Al-Jufferi yang terpilih sebagai pembawa bendera bersama dengan jaguh berbasikal trek, Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong pada majlis perasmian Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos ini berkata beliau merasa amat bangga dapat menggalas tanggungjawab itu.

 

"Saya tak pernah terfikir dapat terpilih sebagai pembawa bendera pada upacara perasmian nanti tetapi saya merasa amat bangga diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa Jalur Gemilang nanti," katanya.

 

Sources: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/08/310957/mohd-al-jufferi-buru-emas-keempat-silat

Read 328 times
Login to post comments