"To me, the extraordinary aspect of martial arts lies in its simplicity. The easy way is also the right way, and martial arts is nothing at all special; the closer to the true way of martial arts, the less wastage of expression there is." Bruce Lee
Thursday, 24 August 2017 00:00

KL2017: Malaysia Raih Emas Acara Silat Ganda Lelaki

Rate this item
(0 votes)
KL2017: Malaysia Raih Emas Acara Silat Ganda Lelaki bernama

24/08/2017 Thursday

 

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Skuad silat negara beraksi cemerlang pada hari pertama pertandingan itu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila meraih pingat emas dalam kategori seni ganda lelaki hari ini.

Pasangan negara Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif mencatat 582 mata keseluruhan untuk mengatasi gandingan Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona Jumpil yang meraih perak dengan 554 mata.

Pingat gangsa kategori itu diraih pasangan Singapura, Muhammad Haziq Zainal Abidin dan Nujaid Hasif Zainal yang mengumpul 544 mata.

"Pada awalnya kami berasa gementar kerana kami merupakan pasukan pertama yang perlu membuat persembahan tetapi kami bersyukur kerana kami berjaya melakukan satu persembahan yang baik buat penyokong kita.

"Kemenangan ini khas kami tujukan buat dunia persilatan Malaysia," kata Rosli selepas acara akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebanyak 20 pingat emas dipertandingkan dalam arena pencak silat pada KL2017.

 

Sources : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1385218

Read 390 times
Login to post comments