"Headed for BLACK. Not looking BACK."
Friday, 09 December 2016 00:00

Pesilat negara tawan Bali

Rate this item
(0 votes)
AKSI juara yang dipamerkan Siti Rahmah (kanan) ketika menentang pesilat Vietnam dalam saingan akhir kelas Putri E Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Bali semalam. AKSI juara yang dipamerkan Siti Rahmah (kanan) ketika menentang pesilat Vietnam dalam saingan akhir kelas Putri E Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Bali semalam.

9 Disember 2016

 

 

SKUAD silat negara melakar sejarah tersendiri di Bali semalam.

 

Jaguh negara, Al Jufferi Jamari dan srikandi, Siti Rahmah Nasir muncul pesilat dunia pertama merangkul gelaran hatrik selepas meraih kemenangan di pentas akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Arena Gor Lila Bhuana Denpasar.

 

Dalam saingan yang disertai 40 buah negara, kedua-dua pesilat negara itu yang meraih kemenangan pada 2012 dan 2015 ternyata tidak berdepan sebarang masalah untuk menundukkan lawan masing-masing.

 

Olahragawan Kebangsaan 2015 itu menumbangkan pesilat Thailand, Kuibrohem Kumaha 5-0, manakala Siti Rahmah pula mengetepikan cabaran Nguyen Thi Yen dari Vietnam 5-0 dalam kelas Putra dan Putri E.

 

“Cabaran saya masih belum tamat dan sanggup berkorban demi negara pada Sukan SEA di Malaysia nanti,” ujar Al Jufferi.

 

Siti Rahmah pula tampil dalam nada berbeza dengan meluahkan hasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa.

 

“Usia sudah mencecah 29 tahun dan ini adalah medan terakhir saya pada pentas Kejuaraan Dunia serta Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujarnya.

 

Malaysia turut meraih emas ketiga menerusi Razak Ghazali yang menumpaskan pesilat tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama 3-2 bagi kelas Putra D.

 

Read 214 times
Login to post comments