“Jiu Jitsu is the vehicle. Not the road.” ― Chris Matakas, My Mastery: Learning to Live through Jiu Jitsu
Friday, 02 December 2016 00:00

UiTM juara keseluruhan Pencak Silat Piala DRB-HICOM

Rate this item
(0 votes)
Pesilat-pesilat UiTM, bergambar beramai-ramai selepas tamat kejohanan. Pesilat-pesilat UiTM, bergambar beramai-ramai selepas tamat kejohanan.

2 Disember 2016

 

PASUKAN pencak silat Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul johan bagi kategori IPT semasa menyertai Kejohanan Pencak Silat Piala DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia edisi Ke-2, yang berlangsung di Dewan Canseleri Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang di sini.

Pada kejohanan itu UiTM  berjaya meraih 10 emas, empat perak dan dua gangsa.

Pengurus pasukan Pencak Silat UiTM, Muhammad Saiful Ridwan berkata, pasukan Pencak Silat UiTM telah menguasai acara Silat Olahraga IPT dengan pungutan pingat sebanyak 9 emas.

"Emas itu disumbang menerusi kategori kelas B Putra (Muhammad Amirul Basaruddin), Kelas C Putra (Husninaim bin mat Latif), Kelas G Putra (Muhamad Rafiq bin Md Jais), Kelas H Putra (Melvin Joseph), Kelas J Putra (Muhammad Faizizzuddin Hamdan), Kelas A Putri (FaradibaTugiman), Kelas B Putri (Nurul Azmira Shaeda Azmi), Kelas C Putri (Nur Ain Adnan) dan Kelas D Putri (Nur Fatin Nadhirah  Muhammad).  

"Manakala bagi kategori seni, UiTM membawa pulang satu pingat emas acara Jurus Tunggal Putra (Afiqul Rashed Bin Osman).

"Untuk pingat Perak disumbangkan dari kategori silat olahraga Kelas A Putra, Kelas Bebas Putra, Kelas F Putri dan acara seni Ganda Putera," katanya.

Tambah Muhammad Saiful, dengan hanya menghantar seramai 18 orang pesilat mereka berjaya menyaingi saingan terkuat iaitu dari pasukan UPSI  yang menghantar penyertaan penuh dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

"Dengan 18 orang pesilat ini UiTM menjadi juara keseluruhan kategori IPT dan kmi membawa pulang RM2,000,  piala pusingan serta medal.

Sebanyak 19 institut pengajian tinggi (IPT) yang merangkumi universiti awam dan IPT swasta telah menyertai kejohanan Pencak Silat Piala DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHU) kali Ke-2 2016.

Kejohanan Pencak Silat kali ini melibatkan seramai 433 orang pesilat iaitu 170 peserta lelaki dan 260 peserta wanita  bagi kategori silat olahraga dan silat seni.

 
Read 141 times
Login to post comments