"Learning is a gift. Even when pain is your teacher" Unknown
Wednesday, 23 November 2016 00:00

Rebut tali pinggang TPM

Rate this item
(0 votes)
Wakil petinju dari kelab muaythai kuda merah Wakil petinju dari kelab muaythai kuda merah

Rabu, 23 November 2016

 

Kuala Lumpur: Seramai 24 petinju dalam dan luar negara akan bertarung bagi 12 kategori Kejohanan DBKL Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2016 pada 26 dan 27 November ini.

Kejohanan berkenaan bagi merebut tali pinggang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan beliau sendiri akan turun gelanggang pada 27 November nanti untuk merasmikan pertandingan itu.

Pengelola Tinju dan Muaythai Kuda Merah Asisten Superintenden Azlan Ab Wahab berkata, kejohanan akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, di sini, selama dua hari berturut-turut.

“Pada hari pertama enam perlawanan berlangsung, manakala baki enam lagi pada Ahad (27 November).

“Timbalan Perdana Menteri akan merasmikan penutupan kejohanan sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, selain peserta tempatan, empat petinju luar negara turut bertanding dalam kejohanan ini membabitkan pencabar dari Uzbekistan, Thailand dan Afrika Selatan.

Bagi Kelab Muaythai Kuda Merah, mereka menghantar empat wakil Tengku Shahrizal Tengku Abdul Rahman (Pokku), Amirul Ariffin (Ban Mero), Nik Ariff Nik Kahar (Dik Ngah), Lokman Hakimi Mat Roji (Lokman) dan Muhammad Fahmi Badrul Zaman (Fahmi Tok Merah).

Jelas beliau, orang ramai diminta tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan ini dengan tiket berharga RM20 untuk tempat duduk biasa manakala RM50 (VIP).

 

Sources : http://www.hmetro.com.my/node/183958

Read 190 times
Login to post comments