"True karate is this: that in daily life one's mind and body be trained and developed in a spirit of humility, and that in critical times, one be devoted utterly to the cause of justice." --Gichin Funakoshi - Shotokan karate
Wednesday, 28 September 2016 00:00

PSMZA tuan rumah Kursus Kejurulatihan Silat

Rate this item
(0 votes)
Para peserta bergambar kenangan selepas tamat kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 Kebangsaan Politeknik Malaysia 2016 di Dungun, Terengganu, baru-baru ini. Para peserta bergambar kenangan selepas tamat kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 Kebangsaan Politeknik Malaysia 2016 di Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

29 September 2016

 

DUNGUN 28 Sept. – Seramai 33 peserta termasuk dua dari Thailand mengikuti Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 Kebangsaan Politeknik Malaysia 2016 yang diadakan di sini baru-baru ini. Program selama lima hari itu disertai kalangan jurulatih dari Politeknik Malaysia di samping jurulatih dari negeri-negeri dan daerah seluruh negara yang belum mempunyai tauliah yang diiktiraf.

Kursus ini dianjurkan bagi membolehkan peserta bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan dengan tauliah daripada Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) dan Akademik Kejurulatihan Institut Sukan Negara(ISN). Tauliah kepada mereka yang lulus disampaikan oleh Pengarah Politikenik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Mohd. Pauzi Ibrahim. Majlis penyampaian turut dihadiri Pengerusi Biro Kejurulatihan Pesaka Malaysia, Datuk Osman Nok yang juga Pengurus Pasukan Pencak Silat Malaysia.

Pegawai Perhubungan Awam PSMZA, Zaharuddin Abdul Ghani memberitahu, para peserta telah didedah dan dibimbing dalam melaksanakan kaedah-kaedah serta teknik pencak silat yang berkesan “Juga soal penerapan etika kejurulatihan yang baik, di samping pengurusan pemakanan atlet sebelum, semasa dan selepas kejohanan,” ujarnya.

Kalangan pembimbing termasuklah Osman bersama Ketua Jurulatih Pencak Silat Malaysia, Nasri Nasir; Ketua Jurulatih Sukan Spesifik, Nor Hayatudin Othman; Jurulatih Pencak Silat Malaysia, Mohamad Mat Amin dan Pengerusi Dewan Pendekar Pesaka Malaysia, Somasundram A/L S.I.Patham. “Kursus ini melibatkan kuliah teori dan amali. Peserta kemudiannya diuji bagi melayakkan mereka memperoleh sijil tauliah sebagai jurulatih pencak silat tahap 1 Kebangsaan,” ujarnya.

 

 

Sources : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/psmza-tuan-rumah-kursus-kejurulatihan-silat-1.388351

Read 144 times
Login to post comments