"True karate is this: that in daily life one's mind and body be trained and developed in a spirit of humility, and that in critical times, one be devoted utterly to the cause of justice." --Gichin Funakoshi - Shotokan karate
Saturday, 23 July 2016 00:00

SUKMA 2016 : taekwondo, Alisa sumbang emas walaupun dalam kecederaan

Rate this item
(0 votes)

KUCHING – Kecederaan yang dialami sebelum menyertai temasya Sukma pada edisi ke-18 kali ini tidak menghalang Nurul Farah Alisa Roslan untuk meraih pingat emas dalam acara yang disertainya buat julung kalinya.

Lebih mengembirakan apabila kemenangannya itu turut membantu kontinjen Terengganu menambah kilauan emas kedua menerusi sukan taekwondo.

Nurul Farah Alisa menggondol pingat emas selepas menewaskan atlet dari Perak, Nasirah Azman dengan kiraan mata, 8-3 pada aksi pentas final kategori ‘feather weight’ bawah 57 kilogram (kg) pada hari ketiga acara tersebut dipertandingkan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini.

Selain pingat emas pasukan taekwondo negeri ini turut menambah koleksi pingat gangsa menerusi Nurul Abira Qistina Mohd Azizan (‘batam weight’ tidak melebihi 53 kg) dan Muhammad Zuhair Nor Azam (‘feather weight’ tidak melebihi 68 kg).

Hadir menyaksikan perlawanan akhir kategori ‘feather weight’ bawah 57 kg itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat, Ketua Kontinjen Terengganu, Datuk Mohamad Nor Ibrahim, timbalannya, Samiun Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Sementara itu, Nurul Farah Alisa mengakui terharu dan gembira apabila turut menyumbangkan pingat emas kedua bukan sahaja buat pasukan bahkan juga kontijen Terengganu dalam mengukuhkan kedudukan carta kutipan pingat Sukma Sarawak pada kali ini.

Menurutnya, dia sememangnya tidak menyangka dapat membantu Terengganu untuk meraih pingat emas kerana masih baharu bebas daripada dibelenggu kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

“Saya hanya sempat menjalani latihan dalam saya tiga minggu sahaja dan terus menyertai Sukma, namun dengan semangat dan dorongan daripada ketua jurulatih, keluarga dan rakan-rakan sepasukan saya dapat juga menepati sasaran yang diberikan.

“Insya-Allah emas pertama saya dalam temasya Sukma ini akan cuba dipertahankan pada Sukma akan datang dengan memberikan aksi lebih baik,” katanya.

Majlis Sukan Negeri

Sumber: http://www.terengganukini.com/2016/07/sukma-2016-taekwondo-alisa-sumbang-emas.html

Read 613 times Last modified on Wednesday, 27 July 2016 16:28
Login to post comments